Kumpulan Wang Penebusan Syer (SRF)
Pindahkan syer kepada generasi akan datang
Serahkan borang anda kepada kami melalui pos atau secara serahan tangan:
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
Tingkat 11, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Soalan Lazim
Kumpulan Wang Penebusan Syer ialah kumpulan wang khas yang ditubuhkan oleh Lembaga pada tahun 1992 selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil. Peruntukan kepada ‘Kumpulan Wang’ tersebut diagihkan daripada keuntungan bersih tahunan KOJADI tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atas cadangan Lembaga. Tujuan penubuhan "Kumpulan Wang Penebusan Syer " adalah untuk memenuhi keperluan anggota yang ingin menebus syer mereka dalam koperasi.
Seorang anggota hendaklah mengisi borang permohonan yang ditetapkan oleh Lembaga.
Ya, anggota hendaklah membaca Bahagian "E" dengan teliti dan memastikan semua dokumen yang berkaitan dilampirkan semasa mengemukakan borang permohonan.
Secara amnya, faktor kelayakan utama yang akan diberi keutamaan termasuklah: -
a) apabila anggota meninggal dunia; (permohonan hendaklah dibuat oleh penama atau wakil yang sah atau ahli keluarga terdekat)
b) apabila mencapai umur 70 tahun ke atas dalam kes di mana anggota itu telah menjadi anggota KOJADI melebihi 10 tahun;
c) jika anggota tersebut mengalami kecacatan kekal atau penyakit yang berpanjangan/serius yang mengakibatkan kehilangan sepenuhnya keupayaan menjana pendapatannya; atau
d) jika Lembaga mengikut budi bicara mutlaknya memutuskan bahawa anggota itu memerlukan kewangan yang mendesak; atau
e) sebab-sebab munasabah yang lain.
Ini bergantung kepada bilangan permohonan yang sah dan peruntukan Kumpulan Wang. Berdasarkan faktor di atas, Lembaga akan memutuskan pemohon yang layak mengikut budi bicara mutlaknya.
Ini bergantung kepada peruntukan kepada Kumpulan Wang. Secara amnya, tidak terdapat had siling amaun yang ditetapkan untuk penebusan syer jika permohonan berjaya.
Dianggarkan dalam masa 2 minggu.
Nota:
Lembaga mempunyai hak untuk menambah, mengubah, meminda atau mengubah Peraturan ini mengikut budi bicaranya dari semasa ke semasa.