Tiada pihak ketiga/ejen untuk Pinjaman PKS & produk pinjaman lain
Tiada resit pembayaran untuk bayaran balik pinjaman melalui Perbankan Dalam Talian/ATM
Tiada resit pembayaran untuk Pendaftaran Anggota
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad telah memperkasakan rakyat Malaysia sejak tahun 1981. Ditubuhkan berdasarkan prinsip bantu-diri dan saling membantu, KOJADI beroperasi sebagai sebuah masyarakat koperasi yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Notis kepada anggota Pinjaman Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022, Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) tidak akan lagi mengeluarkan resit pembayaran untuk bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh peminjam/anggota kami melalui Perbankan Dalam Talian/Mesin ATM/Mesin Deposit Cek/Cek/Mesin Deposit Tunai selaras dengan pindaan terkini yang diluluskan pada 24 Februari 2022 kepada Peraturan KOJADI.
Sehubungan dengan perkara di atas, anda dinasihatkan untuk menyimpan resit pengesahan/rekod transaksi pembayaran selepas membuat pembayaran mulai 1 Mei 2022. KOJADI akan terus menghantar penyata e-pinjaman separuh tahunan ke akaun e-mel anda untuk rujukan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu yang berkaitan dengan akaun pinjaman anda setelah membuat bayaran balik pinjaman, anda boleh menghantar pertanyaan anda kepada Bahagian Pengawasan Kredit KOJADI (CSD) di Tel : 03-2161 6499 / 010-5161890 / 011-35387009 atau hantarkan e-mel anda kepada repay-loan@kojadi.com.my.
Terima kasih
Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022, Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) tidak akan lagi mengeluarkan resit pembayaran untuk yuran kemasukan keanggotaan, yuran langganan saham, yuran pemprosesan pinjaman, yuran pentadbiran, yuran duti setem dan yuran lain yang berkaitan dengan keanggotaan dan permohonan pinjaman yang dibuat melalui Cek/Perbankan Dalam Talian/Tunai atau mana-mana kaedah pembayaran lain selaras dengan Peraturan KOJADI yang diluluskan pada 24 Februari 2022.
Memandangkan perkara di atas, anda dinasihatkan untuk menyimpan sebarang resit pengesahan/rekod transaksi pembayaran yang dibuat pada atau selepas 1 Mei 2022. KOJADI akan terus menghantar surat kelulusan keanggotaan, Peraturan melalui e-mel untuk rekod anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu yang berkaitan dengan keahlian, anda boleh menghantarnya kepada Keanggotaan KOJADI di Tel : 03-2161 6499 / 011-13121019 atau e-mel kami di member@kojadi.com.my . Sebarang pertanyaan mengenai isu pinjaman, anda boleh menghubungi kami di 03-21616499 / 010-7959330 atau e-mel kami di: -
Pinjaman Pendidikan: loan@kojadi.com.my
Pinjaman PKS: sme@kojadi.com.my
Pinjaman Kredit Mikro: microcredit@kojadi.com.my
Terima kasih