Public Bank Dalam Talian

 Anda kini boleh menikmati kemudahan membuat pembayaran anda dengan Public Bank melalui dalam talian.

Langkah 1

Log masuk ke www.pbebank.com dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda.

Langkah 2

Pilih kotak ‘Pembayaran’ daripada menu.

Langkah 3

Pilih ‘Bayaran Bil’ daripada menu sebelah kiri.

Langkah 4

Pilih ‘Kepada Bil Lain’ daripada menu sebelah kiri.

Langkah 5

Untuk pembayaran kepada KOJADI , Pilih KOPERASI JAYADIRI MALAYSIA BHD – XXXXXX daripada senarai Kod Perbadanan. Klik pada Pilih Seterusnya

Langkah 6

Pada skrin pembayaran, masukkan jumlah yang dikehendaki dan semua maklumat yang diperlukan. Semak semula untuk memastikan semuanya betul, kemudian pilih ‘Terima’ untuk meneruskan pembayaran.

Langkah 7

Pilih 'Minta TAC Sekarang'. Nombor TAC akan dihantar melalui perkhidmatan mesej ringkas (SMS) ke telefon bimbit anda yang berdaftar.

Langkah 8

Masukkan nombor TAC yang diterima pada telefon bimbit anda yang berdaftar, dan pilih ‘Sahkan’ untuk memuktamadkan pembayaran.

Langkah 9

Klik pada ‘Cetak’ dan simpan salinan slip transaksi untuk rekod anda.

Nota Penting:

Nota Penting: Untuk pertanyaan lanjut mengenai urusan pembayaran balik, sila hubungi kami secara berikut:-

E-mel– repay-loan@kojadi.com.my
Whatsapp & Panggilan – 010-5161890 (untuk pinjaman bukan PKS) & 011-35387009 (untuk pinjaman PKS)
Waktu Operasi KOJADI – 8:30 Pagi hingga 5:30 Petang, Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum)
Bahasa Melayu