Skim Ihsan
Kami mengambil berat manfaat anda

Kelayakan
- Anggota yang telah membayar minimum RM100 syer selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun kalendar penuh.
Permohonan oleh waris si mati hendaklah sampai ke KOJADI dalam tempoh 180 hari dari tarikh kematian. Dokumen yang lewat diterima atas apa jua sebab tidak akan dilayan dan tidak layak untuk menerima sebarang manfaat di bawah Skim ini.
Serahkan borang anda kepada kami melalui pos atau secara serahan tangan:
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
Tingkat 11, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Hubungi kami:

Soalan Lazim
Skim Ihsan bermula sejak 1 Januari 2010 untuk memberikan manfaat sekali sahaja atas kematian seorang anggota yang layak.
Objektifnya adalah untuk memberikan manfaat kematian kepada waris terdekat seorang anggota yang meninggal dunia sebagai tanda kenangan.
a) Skim ini terbuka kepada semua anggota yang layak yang telah membayar dan/atau memiliki sekurang-kurangnya RM100 syer untuk sekurang-kurangnya tiga (3) tahun kalendar penuh.
b) Keanggotaan kurang daripada tiga (3) tahun tidak layak jika kematian berlaku.
c) Syer yang dipindahkan atau diwarisi sebelum ini daripada anggota lain selepas dan dari pelaksanaan skim ini tidak akan layak untuk pengiraan pembayaran ihsan jika syer tersebut dibeli, dipindahkan atau diwarisi daripada anggota selama tempoh kurang daripada 3 tahun.
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan dikemukakan dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan sijil kematian atau sijil pengebumian yang disahkan kepada KOJADI dalam tempoh 180 hari dari berlakunya kematian.
b) Borang permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan kelayakannya.
Wang ihsan seragam sebanyak RM200.00 dibayar kepada waris anggota yang meninggal dunia atau pada kadar yang akan diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.