Mengenai Kami

Objektif utama KOJADI adalah untuk menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan yang berkesan kepada pelajar yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pendidikan tinggi dan kedua, untuk membangunkan sumber manusia menjadi tenaga kerja yang terlatih bagi masyarakat dan negara.

Sejak pelancaran skim yang pertama, iaitu Skim Pinjaman Pendidikan Tinggi pada tahun 1981, KOJADI telah memberikan pinjaman berjumlah RM280 juta kepada lebih daripada 12,300 pelajar untuk pengajian mereka di dalam dan luar negara.

Sejak tahun 2012, KOJADI telah mempelbagaikan pinjamannya kepada pinjaman perniagaan seperti pinjaman Kredit Mikro, TUKAR/ATOM (Di bawah Program Transformasi Ekonomi), pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan pinjaman Perusahaan Micro Kecil Sederhana(PMKS).

Bahasa Melayu